Gencatan untuk benarkan bantuan dihantar - Tentera Sudan

Astro Awani
Mei 31, 2023 09:15 MYT
Ketua Tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah Al Burhan bersama anggota tentera lain di lokasi yang tidak didedahkan. - Foto REUTERS
KHARTOUM: Ketua Tentera Sudan, Jeneral Abdel Fattah Al Burhan, memaklumkan pihaknya setuju melanjutkan gencatan senjata bagi membolehkan penduduk awam mendapatkan bantuan.
Kesediaan ini dinyatakan Abdel Fattah dalam video yang dikeluarkan pada Selasa.
Beliau memberitahu, tentera belum menggunakan kekerasan sepenuhnya, namun tidak teragak-agak untuk berbuat demikian sekiranya musuh enggan mematuhi peraturan.
Tentera dan Pasukan Separa Tentera (RSF) sebelum ini setuju melanjutkan gencatan senjata selama lima hari, sebelum perjanjian itu tamat pada Isnin.
Perjanjian itu ditaja Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi.
Washington dan Riyadh sebelum ini memaklumkan kedua-dua pihak mencabuli gencatan.
Bagaimanapun, penghantaran bantuan untuk dua juta penduduk masih dibenarkan.
Sementara itu, RSF dalam satu kenyataan mendakwa tentera terlebih dahulu mencabuli gencatan tersebut.
Pertempuran tercetus 15 April lalu, susulan pertikaian mengenai proses peralihan ke kerajaan awam.
#gencatan senjata #bantuan #orang awam #tentera
;