Gencatan senjata: Masih awal untuk bergembira - Jurucakap Qatar
Agensi
Januari 14, 2025 23:12 MYT
Januari 14, 2025 23:12 MYT
DOHA: Jurucakap Kementerian Luar Qatar meminta agar masyarakat antarabangsa tidak meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap perjanjian gencatan senjata antara Palestin dan Israel.
Jelasnya, perbincangan yang dijalankan memperlihatkan perkembangan positif namun masih terlalu awal untuk bergembira.
"Kita sudah pernah melalui situasi seperti ini sebelum ini. Kita telah sangat hampir untuk mencapai persetujuan namun hampa di saat akhir," katanya kepada Al Jazeera.
Tambahnya, keadaan sekarang berbeza, dengan pentadbiran Amerika Syarikat memberi tekanan kepada Netanyahu untuk mencapai persetujuan dan Donald Trump menegaskan mahu perang tersebut tamat apabila dia memegang jawatan.
Buat masa ini, Pengarah Perkhidmatan Pengintip Israel (Mossad), David Barnea, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Shin Bet, Ronen Bar, wakil Trump di Asia Barat, Steve Witkoff, Wakil Biden, Brett Mcgurk Dan Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani masih berada di Qatar.
Sekiranya berjaya dilaksanakan, genjatan senjata yang dijalankan secara berperingkat serta perbincangan dapat dihentikan sekali gus membolehkan pembebasan tebusan dilaksanakan secara besar-besaran sejak perang di Gaza berlaku.