Gempar! Lelaki bakar diri sendiri dekat White House

Hasimi Muhamad
Mei 29, 2019 23:41 MYT
Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah hari waktu tempatan itu, saksi Alina Berzins berkata pasukan keselamatan bergegas memadamkan 'kebakaran' tersebut di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong. - Gambar hiasan
Seorang lelaki mengejutkan orang ramai apabila bertindak membakar dirinya berdekatan pusat pentadbiran kerajaan Amerika Syarikat, White House dalam kejadian pada petang Rabu.
Rakaman video yang tular menunjukkan api menutupi tubuh badan lelaki itu, namun dia hanya tenang berjalan sekitar sebuah taman di Ellipse yang terletak sebelah utara Monumen Washington.
Dalam kejadian pada jam 12.20 tengah hari waktu tempatan itu, saksi Alina Berzins berkata pasukan keselamatan bergegas memadamkan 'kebakaran' tersebut di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong.
Berdasarkan rakaman video yang dikongsi oleh bapa Alina di laman Twitter, lelaki itu memakai baju berwarna hitam, dan api menyala dari bahagian kaki sehingga kepala.

@FoxNews Video of the person that was literally engulfed in flames on the #WhiteHouse lawn. Unbelievable pic.twitter.com/4IS37Rndme

— Krisjan Berzins (@KrisjanBerzins) May 29, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bimbang keadaan menjadi semakin buruk, pihak berkuasa kelihatan berlari ke arah lelaki itu termasuk seorang yang bersenjata dan bersama alat pemadam api.
Jelas Alina, lelaki itu kemudian rebah selepas disembur dengan alat pemadam kebakaran.
Menurut sumber, lelaki yang tidak diiketahui identitinya itu dihantar ke hospital serta-merta dan mengalami kecederan serius.
Difahamkan, 85 peratus badan lelaki itu melecur akibat kebakaran tersebut. Satu paket bahan mencurigakan yang sudah terbakar turut ditemui berhampiran lokasi lelaki itu dipadam.
Pasukan Sekuriti Elit dalam satu kenyataan memaklumkan ia merupakan cubaan membunuh diri.
#Bakar diri sendiri #cubaan bunuh diri #pelancong #Twitter #Washington #White House