Gempar apabila meteor lintas angkasa Michigan
Agensi
Januari 17, 2018 16:24 MYT
Januari 17, 2018 16:24 MYT
Penduduk di selatan Michigan, Amerika Syarikat gempar seketika apabila berlaku lintasan cahaya di langit berserta bunyi yang kuat pada Selasa.
Lintasan cahaya terbabit dapat dilihat sehingga ke kawasan barat Kalamazoo.
Penduduk di kawasan terbabit mengakui merasai gegaran ketika lintasan itu berlaku.
Perkhidmatan Cuaca Amerika Syarikat mengesahkan cahaya dan bunyi terbabit mungkin sebuah tahi bintang.
Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi Amerika Syarikat masih belum dapat mengesahkan kejadian dan penyelidikan lanjut masih dijalankan.
Ini fenomena luar biasa luar biasa dan bukannya kejadian kilat atau yang berkaitan dengan cuaca.
#Amerika Syarikat
#Jabatan Meteorologi
#lintasan cahaya
#Perkhidmatan Cuaca Amerika Syarikat
#tahi bintang