#GempaJakarta: Indonesia tarik balik amaran Tsunami

Astro Awani
Ogos 2, 2019 14:49 MYT
Indonesia secara rasmi menarik balik amaran akan berlakunya Tsunami ekoran gempa bumi berukuran 7.4 magnitud yang melanda negara itu.
JABATAN Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) Indonesia secara rasmi menarik balik amaran Tsunami.
BMKG dalam kenyataannya berkata, penarikan semula amaran berkenaan dibuat bersesuaian dengan standard prosedur operasi (SOP) badan berkenaan.
Menurut Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati peringatan awal Tsunami kelazimannya akan ditarik balik selepas dua jam jangkaan awal musibah itu akan melanda.
Pada pukul 7.03 malam Jumaat, Indonesia dikejutkan dengan gempa bumi berukuran 7.4 magnitud.
Gempa bumi itu dilaporka berpotensi mengakibatkan Tsunami mengakibatkan BMKG dengan segera mengeluarkan amaran awal.
Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan yang dilaporkan dalam gempa bumi itu.
BACA: Jakarta dilanda gempa bumi 7.4 magnitud, berpotensi Tsunami
BACA: #GempaJakarta: Warga Jakarta kongsi situasi cemas
#7 4 magnitud #gempa bumi #Indonesia #Indonesia tarik balik amaran Tsunami #Jakarta