#GempaJakarta: Empat disahkan terkorban, lebih 200 cedera
Agensi
Ogos 3, 2019 18:43 MYT
Ogos 3, 2019 18:43 MYT
Gempa bumi kuat yang melanda perairan Sumatera dan Jawa di Indonesia pada Jumaat telah meragut empat nyawa dan memusnahkan ratusan bangunan.
Agensi bencana negara itu dalam satu kenyataan mengesahkan perkara itu pada satu sidang media pada Sabtu.
Gegaran dengan kekuatan 6.8 magnitud itu berlaku sekitar 6 petang waktu tempatan dengan amaran tsunami dikeluarkan sebelum ditarik balik dua jam kemudian.
Ia turut dirasai sehingga ke Jakarta menyebabkan ramai penduduk yang lari meninggalkan bangunan dan kediaman mereka.
Mereka yang maut kebanyakannya berpunca dari serangan jantung, lelah dan keletihan sewaktu lari menyelamatkan diri.
Selain itu lebih 200 bangunan dilaporkan musnah dalam kejadian itu.
Turut cedera 200 yang lain. - Agensi