Gempa Turkiye, Syria: PBB lancar tabung bantuan AS$1 bilion, bantu jutaan mangsa
Agensi
Februari 17, 2023 10:50 MYT
Februari 17, 2023 10:50 MYT
PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melancarkan rayuan dana AS$1 bilion bagi membantu mangsa gempa bumi minggu lalu di Turki yang mengorbankan puluhan ribu nyawa, selain berjuta-juta penduduk terdesak memerlukan bantuan.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata, dana itu akan dapat menyediakan bantuan kemanusiaan selama tiga bulan kepada 5.2 juta orang.
Jelas Guterres lagi, dana itu juga akan membolehkan badan kemanusiaan meningkatkan sokongan penting dengan lebih pantas termasuk dalam aspek keselamatan makanan, perlindungan, pendidikan, air dan tempat tinggal,
"Keperluan sangat besar, orang ramai menderita dan tiada masa untuk putus asa. Saya gesa masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan dan membiayai sepenuhnya usaha kritikal ini sebagai tindak balas kepada salah satu bencana alam terbesar pada zaman kita ini," tegasnya.
Dalam kejadian 6 Februari itu, gmpa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud mengorbankan lebih 35,000 orang di Tenggara Turki, dengan beberapa ribu lagi turut terkorban di Syria.
Lebih 9 juta orang di Turki terjejas secara langsung dengan bencana itu.