Gempa Turkiye: Erdogan isytihar berkabung 7 hari
Astro Awani
Februari 6, 2023 07:20 MYT
Februari 6, 2023 07:20 MYT
ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan gempa bumi dahsyat yang mencatat kemusnahan besar di negara itu.
"Bendera kami akan dikibarkan separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari 2023, di semua perwakilan negara kami dan negara asing," kata Erdogan.
Jumlah kematian di Turkiye meningkat kepada 2,379 (setakat jam 7.20 pagi waktu Malaysia), dengan angka terkini dari Syria berjumlah 1,444.
Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan setakat ini kepada lebih 3,823.
Beribu-ribu lagi cedera, dan usaha pemulihan masih belum selesai.
Angka kematian dijangka meningkat dengan ketara.
Gempa bumi 7.8 awal pagi Isnin menggegarkan Kahramanmaras dan beberapa wilayah kejiranan termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis.