Gempa susulan di Pidie Jaya, Aceh

Astro Awani
Disember 9, 2016 20:16 MYT
Gempa susulan dengan kekuatan 5 magnitud menggegarkan Pidie Jaya, Aceh pada kira-kira jam 4.49 waktu tempatan. - Gambar Astro AWANI
Gempa susulan dengan kekuatan 5 magnitud menggegarkan Pidie Jaya, Aceh pada kira-kira jam 4.49 waktu tempatan.
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, Indonesia, pusat gempa terletak pada 32 kilometer barat laut Pidie Jaya, dengan kedalaman 10 kilometer (km). Bagaimanapun tiada kehilangan nyawa atau kerosakan dilaporkan.
Terdahulu, Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menghulurkan sumbangan kepada mereka yang kehilangan anggota keluarga dalam gempa bumi Aceh.
BACA: Jokowi arah segerakan pembinaan semula bangunan awam
Sumbangan berbentuk wang tunai berjumlah USD1,125 bagi setiap keluarga yang disampaikan sendiri Jokowi ketika melawat Tringgading, salah satu kawasan yang terjejas teruk dalam bencana pada Rabu lalu.
Jokowi juga sempat bertemu penduduk dan kanak-kanak dan menyampaikan sumbangan buku kepada mereka.
Beliau turut berkunjung ke Masjid At-taqarrub yang runtuh dalam gegaran 6.5 skala richter itu dan mengarahkan kerja baik pulih dijalankan secepat mungkin.
Sehingga kini, angka korban disahkan melebihi 100 nyawa sementara ribuan penduduk hilang tempat tinggal.
#Aceh #gempa bumi #Joko Widodo #Jokowi #Pidie Jaya
;