Gempa sederhana landa utara Laut Maluku, Indonesia

Bernama
April 21, 2023 20:08 MYT
Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.21 petang tadi.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.9 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.21 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 161 kilometer (km) selatan dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 80km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #Utara Laut Maluku #MetMalaysia
;