Gempa: Muncul pula semburan api bawah tanah
Sinar Harian
September 30, 2018 05:59 MYT
September 30, 2018 05:59 MYT
Susulan gempa bumi menggoncangkan bandar Donggala dan Palu di Sulawesi Tengah, dengan kekuatan 7.5 pada skala Richter, penduduk Mamuju Tengah, dikejutkan fenomena luar biasa.
Memetik laporan Liputan6 SCTV, fenomena air lumpur menggelegak dan semburan api dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit.
Masyarakat di Kampung Salugatta, memberitahu, lubang terbentuk selebar satu meter telah memuntahkan lumpur dari tanah disusuli api pada ketinggian dua meter.
Pada Sabtu, lumpur itu ditemui dan pada Ahad, selepas gempa berlaku, api kelihatan di kawasan tersebut.
Bagaimanapun untuk mengelakkan orang ramai menghampiri kawasan itu, pita keselamatan telah dipasang oleh polis.
Penduduk dan polis bertindak membersihkan kawasan itu dari bahan mudah terbakar bagi mengelakkan api menyambar sekaligus mengakibatkan kebakaran.
#air lumpur
#API
#bahan mudah terbakar
#donggala
#gempa bumi
#Indonesia
#kelapa sawit
#ladang
#lubang
#Mamuju
#Palu
#polis
#semburan api
#Sulawesi
#tsunami