Gempa magnitud 6.1 landa Indonesia tengah, tiada amaran tsunami dikeluarkan

Bernama
Januari 22, 2022 14:22 MYT
Turut dilaporkan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan 231 km tenggara Sarangani, Filipina pada 02:26:13 GMT hari sama.
JAKARTA: Gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah Sulawesi Utara di tengah Indonesia pada Sabtu, tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan agensi Meteorologi, Cuaca dan Geofizik.
Gempa bumi berlaku pada 9.26 pagi waktu tempatan (0226 GMT), dengan pusat gempa terletak 39 kilometer tenggara bandar Melonguane di daerah Talaud dengan kedalaman 12 km di bawah dasar laut, kata agensi itu.
Sementara itu, Xinhua turut melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 6.0 pada skala Richter menggegarkan 231 km tenggara Sarangani, Filipina pada 02:26:13 GMT hari sama.
Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, pusat gempa, dengan kedalaman 23.99 km, ditentukan pada 3.6951 darjah utara dan 126.6747 darjah timur.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #tsunami #Indonesia Tengah
;