Gempa Lombok: Pelancong asing selamat dipindahkan

Astro Awani
Ogos 7, 2018 07:28 MYT
Ketua Polis Perairan Lombok Dewa Wijaya mengambil gambar di hadapan ratusan orang yang mahu meninggalkan Pulau Gili susulan gempa bumi di Gili Trawangan, Lombok, 6 Ogos, 2018. Indonesia Water Police/Handout/via REUTERS
Baki puluhan pelancong yang terkandas di sini susulan gempa kuat Ahad lalu selamat dipindahkan.
Mereka dipindahkan dari Pulau Gili Trawangan, lokasi pelancongan popular, dengan kapal penyelamat.
Pemindahan ini melibatkan 50 pelancong asing.
Bagaimanapun, masih ada baki pelancong yang enggan meninggalkan pulau berkenaan.
Utara pulau Lombok musnah teruk gara-gara gempa bermagnitud 7 skala richter, gempa kedua dalam tempoh dua minggu.
BACA: Gempa bumi 6.4 skala Ritcher landa Pulau Lombok, Indonesia
Angka korban sehingga kini disahkan 105 orang, dengan ratusan yang lain cedera, sementara ribuan bangunan musnah.
BACA: Selebriti Hollywood antara yang terkesan dalam gempa Lombok
Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan, sejumlah 4,000 pelancong asing berada di Lombok ketika bencana itu melanda.
Majoriti mereka dipindahkan ke Benoa, Bali.
#Bali #gempa bumi #Gili Trawangan #kapal penyelamat #Lombok #pelancong #pindah #pulau #warga asing
;