Gempa Lombok: Masih ada beberapa mangsa tersepit - Wartawan Kompas TV
Astro Awani
Mac 17, 2019 07:32 MYT
Mac 17, 2019 07:32 MYT
USAHA mengeluarkan mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Lombok menghadapi cabaran akibat hujan lebat yang melanda lokasi kejadian.
Menurut Ketua Biro Kompas TV, Safri Sitepu, proses mengeluarkan mangsa diteruskan pagi Isnin.
"Masih ada beberapa mangsa yang tersepit dari gelongsoran gempa," katanya ketika dihubungi Astro AWANI dalam Buletin AWANI Khas pada Isnin.
Jelasnya, ketika kejadian, rakyat Malaysia dan beberapa pelancong lain berada di kawasan peranginan Air Terjun Tiu Kelep yang terletak di kaki Gunung Rinjani.
Air terjun ini merupakan antara lokasi pelancongan tumpuan pencinta fotografi alam.
Terdahulu, media tempatan melaporkan, sejumlah 40 pelancong termasuk warganegara Malaysia yang sedang menikmati keindahan lokasi Air Terjun Tiu Kelep, Desa Senaru, Lombok Utara pada Ahad berdepan situasi cemas apabila gempa bumi yang melanda wilayah tersebut menyebabkan kesan tanah runtuh.