Gempa Lombok: Jumlah kematian meningkat ke 98 orang

Agensi
Ogos 6, 2018 12:06 MYT
Tentera Indonesia membawa jenazah menuju ke ambulans di Hospital Umum Daerah Lombok Utara di Tanjung, Indonesia pada 6 Ogos 2018. - Antara Foto/REUTERS
GEMPA bumi bermagnitud 6.9 yang melanda Pulau Lombok, Indonesia semalam telah mengorbankan sekurang-kurangnya 98 nyawa setakat ini.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia berkata jumlah tersebut mungkin meningkat apabila serpihan daripada lebih 13,000 rumah yang musnah telah dibersihkan.
Lebih daripada 20,000 orang terpaksa dipindahkan.
Bekalan elektrik dan talian komunikasi terputus di beberapa kawasan. Tanah runtuh dan jambatan runtuh turut menyekat laluan ke kawasan sekitar pusat gempa di bahagian utara.
Pihak tentera berkata mereka akan menghantar kapal dengan bantuan perubatan, keperluan asas dan sokongan logistik.
Gegaran kuat turut dirasai di Pulau Bali, di mana dua mangsa dilaporkan meninggal dunia.
Di Kepulauan Gili di pantai barat laut Lombok pula, pihak berkuasa berkata lebih daripada 2,000 orang telah dipindahkan akibat risiko tsunami.
BACA: Gempa Lombok: 91 terkorban, ribuan rumah musnah
VIDEO: Gempa Lombok: Imam tetap teruskan solat
VIDEO: Struktur masjid runtuh sebaik jemaah beredar akibat gegaran
VIDEO: Rakyat Malaysia dilaporkan selamat di Lombok
#gempa bumi #gempa lombok