Gempa Lombok: Indonesia mulakan operasi SAR hari ini
Agensi
Julai 30, 2018 18:52 MYT
Julai 30, 2018 18:52 MYT
Indonesia memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lebih 500 pendaki dan jurupandu mereka yang masih terkandas akibat tanah runtuh di sebuah gunung berapi aktif di Lombok pada Isnin.
Misi ini dilancarkan sehari selepas gempa bumi kuat melanda pulau peranginan Indonesia tersebut.
Helikopter dan pasukan penyelamat dikerah ke lereng Gunung Rinjani, yang merupakan laluan pendakian popular dalam kalangan pelancong.
Menurut ketua taman nasional gunung rinjani, sudiyono, dianggarkan seramai 560 orang masih terkandas susulan kejadian gempa bumi tersebut.
Mereka termasuk rakyat Amerika Syarikat, Perancis, Belanda, Thailand, Jerman serta negara lain.
Setakat ini, 16 orang terbunuh dan ratusan bangunan musnah akibat gempa bumi berukuran 6.4 skala richter menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok.
#gempa bumi
#gunung
#Gunung Rinjani
#Indonesia
#jurupandu
#Lombok
#mencari
#menyelamat
#operasi
#pelancong
#pendaki
#SAR
#tanah runtuh
#terkandas