Gempa Lombok: Biarpun bergegar, imam tetap teruskan solat
Astro Awani
Ogos 6, 2018 20:13 MYT
Ogos 6, 2018 20:13 MYT
Sebuah video jadi perhatian dan tular sejak awal hari ini.
Ia menunjukkan keadaan di Masjid As-Syuhada, Bali ketika gempa bumi dengan skala richter 7.0 menggoncang wilayah Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Ahad.
Akaun Faceboook, Musholla As-Shuhada BLK menyiarkan secara langsung suasana di masjid tersebut ketika gempa berlaku.
Pada rakaat kedua gegaran terasa menyebabkan beberapa jemaah meninggalkan saf.
Namun, imam dan beberapa lagi jemaah lain tetap meneruskan solat.