Gempa Lombok: 14 mangsa warga Malaysia pulang malam ini, 4 masih dirawat

Asyraf Roslan
Mac 18, 2019 08:31 MYT
Air Terjun Tiu Kelep, Desa Senaru, Lombok Utara ini menjadi lokasi tragedi apabila 40 pelancong terjejas akibat kesan tanah runtuh selepas gempa.
Empat belas mangsa gempa Lombok rakyat Malaysia yang terselamat akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini.
Kedutaan Malaysia dalam satu kenyataan berkata setakat ini, sembilan rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan telah mendapatkan rawatan di hospital yang sama.
Sementara itu, empat daripadanya akan terus menjalani rawatan dan akan pulang ke Malaysia setelah pulih daripada kecederaan.
Proses membawa pulang dua rakyat Malaysia yang meninggal dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu juga sedang giat dijalankan.
Pegawai kedutaan di Lombok juga sedang menyelaras dengan ahli keluarga bagi memastikan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia berjalan lancar.
BACA : Gempa Lombok: Seorang lagi rakyat Malaysia yang maut dikenal pasti
BACA : Gempa Lombok: Dua rakyat Malaysia yang terkorban dibawa pulang hari ini
Rakyat Malaysia yang masih berada di Lombok dan sekitarnya boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di talian +62 813 80813036‬ untuk bantuan.
#Air Terjun Tiu Kelep #bencana alam #Desa Senaru Lombok Utara #gempa bumi #Hospital #Indonesia #jenazah #Kedutaan Malaysia #Lombok #rakyat Malaysia #tanah runtuh