Gempa kuat melanda Kepulauan Tanimbar di Indonesia

Reuters
Mac 25, 2018 06:57 MYT
Tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.
Satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.4 magnitud melanda Kepulauan Tanimbar di Indonesia awal pagi ini, lapor Pusat Pemantauan Gempa Amerika Syarikat, USGS.
Laporan awal menyebut gempa tersebut berukuran 6.5 magnitud dan berpusat 222km barat laut Saumlaki di kawasan kepulauan tersebut.
Tiada kematian atau kemalangan jiwa dilaporkan dan Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.
Gempa Laut Banda, yang melanda pada kedalaman 171.5km dirasa sehingga bandar di utara Australia, Darwin, menurut Jabatan Kajicuaca negara itu.
Ia juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.
Kejadian gempa bumi perkara biasa di Papua New Guniea, yang terlepat pada Lingkaran Gunung Berapi Pasifik, kawasan yang sering berlaku aktiviti seismik akibat pergeseran plat tektonik.
Papua New Guinea yang terletak di timur Indonesia, masih mengalami gempa susulan akibat gempa kuat berukuran 7.5 magnitud yang melanda kawasan itu pada 26 Februari.
#gempa #Indonesia #Papua New Guniea #Pusat Amaran Tsunami Pasifik #Pusat Pemantauan Gempa Amerika Syarikat #tsunami #USGS
;