Gempa kuat landa Papua New Guinea, amaran tsunami dikeluarkan
Astro Awani
September 11, 2022 10:00 MYT
September 11, 2022 10:00 MYT
Gempa bumi berukurang 7.6 pada skala Richter melanda New Guinea, Papua New Guinea hari ini, sekali gus mencetuskan amaran tsumani.
Menurut Pusat Seismologi Mediterranean Eropah (EMSC), gempa berkenaan berpusat pada kedalaman 80 kilometer, 65.6km di barat Lae dan 90.8km di utara Morobe.
Sistem amaran tsunami Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami susulan kejadian gempa bumi itu namun memaklumkan ancaman itu sudah berlalu.
Setakat ini tiada ancaman tsunami pada Australia, kata Biro Meteorologi negara itu.
Penduduk Papua New Guinea kongsi beberapa foto yang memaparkan retakan pada jalan raya dan bangunan serta kerosakan pada kereta dan pasar raya.
Kejadian gempa bumi sering berlaku di Papua New Guinea yang terletak di atas Lingkaran Api Pasifik.
Pada 2018, lebih 100 penduduk terkorban selepas gempa kuat berukuran 7.5 pada skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di negara itu.