Gempa kuat landa Mexico susulan ribut tropika Earl
Agensi
Ogos 8, 2016 08:01 MYT
Ogos 8, 2016 08:01 MYT
Angka kematian meningkat selepas gempa kuat melanda beberapa daerah di Mexico digegarkan gempa bumi susulan ribut tropika Earl telah meragut sekurang-kurangnya 38 nyawa, lapor AFP.
Sekurang-kurangnya, 28 terkorban dalam satu gempa di daerah Puebla manakala 15 yang lain cedera ringan selepas beberapa buah rumah ranap dan tertimbus susulan gegaran kuat yang melanda beberapa kawasan, menurut Kerajaan negeri.
Sepuluh lagi terkorban susulan gempa kuat di Veracruz yang terletak di barat Mexico, menurut gabenor.
Di Huauchinango, jumlah hujan yang kebiasaannya turun dalam masa sebulan kini turun dalam
masa 24 jam.
Lapan kanak-kanak antara 11 yang terkorban susulan bukit runtuh di kawasan ini.
Setakat ini, 200 penduduk dilaporkan hilang kediaman susulan hujan lebat tanpa berhenti, manakala di sungai Veracruz dilimpahi air hujan dan mengakibatkan beberapa dozen keluarga terpaksa dipindahkan.