Gempa kuat landa Laut Maluku Utara
Bernama
Januari 7, 2019 09:06 MYT
Januari 7, 2019 09:06 MYT
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku berhampiran Laut Maluku Utara pada 1.27 pagi tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, jabatan itu berkata pusat gempa adalah 189km dari utara Ternate, Indonesia.
Gempa itu bagaimanapun, tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA