Gempa kuat landa Kepulauan Loyalty
Bernama
Oktober 16, 2018 11:06 MYT
Oktober 16, 2018 11:06 MYT
Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter melanda tenggara Kepulauan Loyalty pada 9.03 minit pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan media memaklumkan, pusat gempa terletak di 923 kilometer Barat Daya dari Nadi, Fiji.
Gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA