Gempa kuat landa kepulauan Bonin di Jepun

Bernama
Jun 23, 2015 23:52 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia menyebut pusat gempa bumi itu terletak 817km tenggara Hamamatsu, Jepun dan 3,342km dari timur laut Sandakan, Sabah.
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda Kepulauan Bonin di Jepun iaitu gugusan pulau terletak kira-kira 1,000km ke selatan Tokyo, pada pukul 8.18 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan, menyebut pusat gempa bumi itu terletak 817km tenggara Hamamatsu, Jepun dan 3,342km dari timur laut Sandakan, Sabah.
Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami.
BACA: Gempa bumi lemah bermagnitud 4.0 berlaku di Ranau pagi ini
BACA: Jabatan Meteorologi nafi Sabah akan dilanda gempa susulan
#Bonin #gempa #Jabatan Meteorologi Malaysia #Jepun #Sabah #tsunami
;