Gempa kuat gegar Fukushima, Miyagi
Astro Awani
Februari 13, 2021 23:15 MYT
Februari 13, 2021 23:15 MYT
GEMPA bumi kuat berkekuatan 7.1 skala Richter menggegarkan Miyagi dan Fukushima di wilayah Tohoku pada malam Sabtu.
Gempa pada jam 11.08 waktu tempatan yang dikategorikan tahap kedua tertinggi di negara berkenaan, turut dirasai di Tokyo, lapor Japan Times.
Bagaimanapun, menurut Agensi Meteorologi Jepun, tiada amaran tsunami dikeluarkan buat masa ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, penduduk yang berada di kawasan pesisir pantai dinasihatkan berpindah ke tempat yang lebih tinggi kerana masih terdapat gempa susulan.
Hamadori di Fukushima adalah lokasi loji tenaga nuklear Fukushima No. 1 yang dilanda gempa dan tsunami sebelum ini. Setakat ini, tiada laporan kerosakan atau gangguang di loji berkenaan, lapor NHK.
Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas untuk memeriksa gempa bumi tersebut.