Gempa kuat dengan magnitud 6.4 melanda China
Astro Awani
Julai 3, 2015 10:50 MYT
Julai 3, 2015 10:50 MYT
Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.4 melanda China hari ini.
Menurut kenyataan di laman web Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa berlaku di wilayah pedalaman Xinjiang di pinggir gurun Taklamaka.
Terdahulu, USGS meletakkan kekuatan gempa pada 6.1 dengan anggaran kedalaman 10 kilometer.
Pusat Rangkaian Gempa Bumi China dalam pada itu meletakkan kekuatan gempa pada magnitud 6.5.