Gempa kuat berukuran 7.2 skala Richter landa Tajikistan

Reuters
Disember 7, 2015 13:28 MYT
Menurut USGS, kejadian berkenaan berlaku pada jam 12.50 tengah hari waktu tempatan dan pusat gempa bumi berkenaan terletak di 111km barat daya Karakul iaitu di kawasan pergunungan yang mempunyai jumlah penduduk yang tidak ramai.
Satu gempa bumi berukuran 7.2 pada skala Richter melanda Tajikistan pada Isnin, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Menurut USGS, kejadian berkenaan berlaku pada jam 12.50 tengah hari waktu tempatan dan pusat gempa bumi berkenaan terletak di 111km barat daya Karakul iaitu di kawasan pergunungan yang mempunyai jumlah penduduk yang tidak ramai.
Jurucakap Jawatankuasa Kecemasan Tajikistan berkata pihak mereka ketika ini tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai jumlah kecederaan atau kerosakan berikutan gempa bumi itu.
Gempa kuat itu turut dirasai di ibu negara India, New Delhi namun menurut laporan berita agensi RIA, yang memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia gempa bumi berkenaan tidak memberi kesan kepada pangkalan tentera Rusia di Tajikistan.
Sementara itu, seorang penduduk di Dushanbe ketika dihubungi Reuters berkata gempa bumi itu dirasai di ibu negara, namun menyifatkannya sebagai satu gempa bumi yang sederhana.
#gempa bumi #Tajikistan #USGS