Gempa kuat bermagnitud 6.4 Kepulauan Vanuatu - MetMalaysia

Bernama
Mei 26, 2024 04:25 MYT
Pusat gempa itu, terletak 17.1 darjah selatan dan 167.9 darjah timur dengan kedalaman 84 kilometer (km) iaitu 744km selatan dari Lata, Solomon Islands. - Gambar/ MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Vanuatu, pada 6.23 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan pada 11.15 pagi hari ini memaklumkan pusat gempa itu, terletak 17.1 darjah selatan dan 167.9 darjah timur dengan kedalaman 84 kilometer (km) iaitu 744km selatan dari Lata, Solomon Islands.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #Kepulauan Vanuatu #MetMalaysia