Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Kepulauan Tonga - MetMalaysia

Bernama
Mei 27, 2024 01:45 MYT
Pusat gempa bumi terletak 19.5 darjah selatan dan 174.5 darjah barat dengan kedalaman 138km iaitu 752km timur dari Laucala, Fiji. - Foto MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Tonga pada 4.47 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pusat gempa itu, terletak 19.5 darjah selatan dan 174.5 darjah barat dengan kedalaman 138 kilometer (km) iaitu 752km timur dari Laucala, Fiji.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Kepulauan Tonga #MetMalaysia #Fiji