Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia

Bernama
April 17, 2024 16:39 MYT
MetMalaysia memaklumkan pusat gempa itu terletak di 33.2 darjah utara dan 132.4 darjah timur iaitu 73km timur dari Oita, Jepun dengan kedalaman 46 km. - Gambar earthquake.usgs.gov
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan pusat gempa itu terletak di 33.2 darjah utara dan 132.4 darjah timur iaitu 73km timur dari Oita, Jepun dengan kedalaman 46 kilometer (km).
“Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut MetMalaysia dalam satu kenyataan malam ini.
-- BERNAMA
#gempa bumi #MetMalaysia #magnitud #tsunami