Gempa kuat 7.2 skala Richter landa Sumatera Utara

Bernama
Mei 14, 2021 16:31 MYT
Menurut BMKG, gempa itu berlaku jam 1.33 tengah hari waktu Indonesia barat, berpusat di 141km barat daya Nias Barat-Sumatera Utara, di kedalaman 19km di dasar Laut Hindi. - Gambar hiasan
JAKARTA: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 pada skala Richter berlaku di barat daya Pulau Sumatera Utara, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia.
Menurut BMKG, gempa itu berlaku jam 1.33 tengah hari waktu Indonesia barat, berpusat di 141km barat daya Nias Barat-Sumatera Utara, di kedalaman 19km di dasar Laut Hindi.
BMKG kini memantau kejadian itu yang dibimbangi boleh mencetuskan gempa susulan.
-- BERNAMA
#gempa bumi #sumatera utara #Indonesia #amaran tsunami #Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika
;