Gempa gegar lokasi Donald Trump, Abe Shinzo dijadual bermain golf
Astro Awani
Mei 25, 2019 18:25 MYT
Mei 25, 2019 18:25 MYT
Gempa dengan magnitud 5.0 pada skala Richter itu menggegarkan bangunan di ibu kota Tokyo beberapa jam sebelum ketibaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke negara matahari terbit itu.
Satu gempa bumi berkekuatan sederhana menggegarkan timur Jepun pada Sabtu petang.
Gempa dengan magnitud 5.0 pada skala Richter itu menggegarkan bangunan di ibu kota Tokyo beberapa jam sebelum ketibaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke negara matahari terbit itu.
Pusat gempa dikesan di selatan Chiba, kira-kira 60 km di tenggara Tokyo, di wilayah di mana Trump dijadual bermain golf pada Ahad dengan perdana menteri Abe Shinzo, lapor Reuters.
Tiada amaran tsunami atau laporan kerosakan dikeluarkan.