Gempa di Iran - Seorang terbunuh, empat cedera

Bernama
April 5, 2017 17:26 MYT
Gegaran dilaporkan dirasai di Mash'had, ibu negeri Khorsan Razavi, yang terletak 75 kilometer ke selatan Fariman dan bersempadan wilayah Iran-Afghanistan. Gambar USGS
Seorang terbunuh dan empat cedera dalam kejadian gempa bumi 6.1 magnitud yang melanda timur laut wilayah Khorasan Razavi, Iran pada pagi Rabu, lapor agensi berita ISNA menurut agensi berita China Xinhua.
Gempa bumi dengan jarak kedalaman 10 kilometer dengan pusat gegaran pada 35.75 darjah longitud di utara dan 60.35 darjah longitud di timur menggegarkan perkampungan Sefid Sang di bandar Fariman kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan.
Pasukan penyelamat telah dihantar ke wilayah terjejas, lapor televisyen IRIB.
Beberapa gegaran susulan berukuran antara 4.6 hingga 4.1 magnitud dilaporkan melanda wilayah berkenaan.
Gempa menyebabkan ganguan bekalan elektrik dan rangkaian telekomunikasi selain menyebabkan penduduk panik.
Menurut laporan gegaran dirasai di Mash'had ibu negeri Khorsan Razavi terletak 75 kilometer ke selatan Fariman dan bersempadan wilayah Iran-Afghanistan kira-kira 100 kilometer di timur bandar Fariman. -- BERNAMA
#bandar Fariman #gempa bumi #Iran #perkampungan Sefid Sang
;