Gempa China : Korban meningkat 70 orang

Bernama
April 20, 2013 13:05 MYT
Jumlah kematian akibat gempa bumi dengan kekuatan 7.0 skala Richter yang melanda Wilayah Sichuan ke Barat Daya China pada Sabtu kini meningkat kepada 70 orang.
Gempa yang berpusat di Lushan sebuah daerah dalam bandar Ya’an melanda sekitar jam 8:02 pagi (waktu Beijing).
Lebih 500 orang turut cedera dengan 135 daripadanya parah, kata Le Zhiyong, ketua timbalan Hospital Daerah Lushan.
Penduduk di Chengdu, bandar Sichuan, Guizhou, Gansu, Shaanxi dan Yunnan turut merasai gegaran yang kuat itu.
Lebih dari 2,000 anggota tentera telah dikerah ke kawasan yang terlibat untuk tujuan menyelamat dan bantuan kerja.
#CENC #China #gempa bumi #Sichuan #terkorban
;