Gempa bumi Turkiye, Syria: Angka korban cecah lebih 7,200 nyawa

Astro Awani
Februari 7, 2023 07:30 MYT
Foto satelit disediakan Maxar Technologies menunjukkan kemusnahan akibat gempa bumi di Nurdagi, Turkiye. - Foto AP
JUMLAH korban akibat gempa di Turkiye dan Syria kini lepasi angka 7,200 orang.
Bagaimanapun, Menteri Kesihatan Turkiye, Fahrettin Koca mendedahkan angka korban rasmi gempa Turkiye kini meningkat kepada 5,434 orang.
Beliau menjangkakan angka itu akan terus meningkat ketika usaha cari dan menyelamat masih berjalan.
Menurut Koca, lebih 31,000 mangsa cedera dan beliau turut mengucapkan takziah kepada semua yang terkesan.
Gempa melanda pada Isnin turut menyebabkan lebih 2,700 bangunan runtuh di daerah Hatay.
Daerah itu yang bersempadan dengan Syria, adalah kawasan paling teruk dilanda gempa.
Gempa 7.8 magnitud itu berpusat 175 kilometer ke timur laut Kahramanmaras.
#Gempa Bumi Turki #angka korban #Fahrettin Koca #SAR
;