Gempa bumi Turkiye: Suami isteri ditemukan selamat selepas terperangkap selama 129 jam

Bernama
Februari 11, 2023 22:51 MYT
Sepasang suami isteri warga Turkiye dari wilayah selatan Adiyaman diselamatkan selepas terperangkap di bawah runtuhan lebih 129 jam. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Sepasang suami isteri warga Turkiye dari wilayah selatan Adiyaman diselamatkan selepas terperangkap di bawah runtuhan lebih 129 jam, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa), memetik badan penyiar negara itu, TRT.
TRT menunjukkan rakaman pasangan suami isteri itu dibawa masuk ke dalam ambulans.
Lelaki itu dilihat melambai ke arah kamera.
Bagaimanapun, tiga anak perempuan mereka dipercayai meninggal dunia dalam bencana gempa bumi kuat yang melanda Turkiye pada Isnin.
-- BERNAMA
#Gempa bumi Turkiye #terperangkap dalam runtuhan #Adiyaman #suami isteri warga Turkiye
;