Gempa Bumi Turkiye: Lionel Messi ajak pengikut Instagramnya bantu mangsa terutama kanak-kanak
Bernama
Februari 13, 2023 12:00 MYT
Februari 13, 2023 12:00 MYT
ANKARA: Bintang bola sepak Argentina Lionel Messi pada Ahad mengajak pengikut Instagramnya membantu UNICEF untuk membolehkan agensi itu menyalurkan bantuan kepada kanak-kanak di Turkiye yang diterjejas akibat bencana gempa bumi, menurut Agensi Anadolu. Agency.
"Ini adalah hari yang sangat menyedihkan untuk beribu-ribu kanak-kanak dan keluarga mereka yang terjejas oleh gempa bumi yang dahsyat di Turkiye dan Syria.
"Saya amat bersimpati. UNICEF bekerja di kawasan itu sejak awal lagi untuk melindungi kanak-kanak. Bantuan anda sangat berharga!," tulis bintang berusia 35 tahun itu,
Messi sebelum ini mendermakan jersi Paris Saint-Germain yang ditandatanganinya untuk kempen yang dijalankan oleh pemain pertahanan Turkiye Merih Demiral yang melelong jersi itu bagi mengumpul dana bantu mangsa gempa bumi.
Lebih 33,000 orang terbunuh akibat dua gempa bumi kuat yang menggegarkan selatan Turkiye minggu ini, menurut angka rasmi terkini.
Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 pada Isnin lalu yang berpusat di wilayah Kahramanmaras, menjejaskan lebih 13 juta orang di 10 wilayah termasuk Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
-- BERNAMA