Gempa bumi Turkiye: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar dari kawasan gempa - Duta

Astro Awani
Februari 9, 2023 19:21 MYT
Menurut Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal, rakyat Malaysia yang terselamat dari gempa bumi kini ditempatkan di kedutaan.
KUALA LUMPUR: Lapan rakyat Malaysia berjaya keluar daripada kawasan gempa bumi di Gaziantep, Turkiye, kata
Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal dalam rakaman video yang dikongsi dengan Astro AWANI, hari ini.
Menurut Sazali Mustafa, yang terbaharu ialah dua pelajar yang kini ditempatkan di Kedutaan Malaysia
"Kedutaan menerima dua pelajar Malaysia yang baru keluar daripada Gaziantep, kini berada di kedutaan dan selamat dan sihat. Mereka adalah Zahirul Amin Mohamad dari Segamat, Johor dan Wan Isyraf Haziq Wan Azmany dari Selangor.
"Selain daripada itu daripada 16 rakyat Malaysia berada di kawasan bencana sebelum ini, hanya tinggal lapan berada di kawasan bencana dan semua mereka sihat dan selamat," jelasnya.
Tambah Sazali, kerjasama erat antara Kedutaan Malaysia dan kerajaan tempatan dapat menempatkan lapan rakyat Malaysia itu di tempat yang selamat.
"Pada masa ini, ini sahaja maklumat dapat saya kongsi… saya harap rakyat Malaysia mendoakan keselamatan pasukan kita mencari dan menyelamat (SAR) mangsa-mangsa akibat gempa bumi ini," jelasnya lagi.
#Gempa bumi Turkiye #lapan rakyat Malaysia #gempa turkiye #pasukan SMART
;