Gempa bumi Turkiye: Kapal pengangkut tentera jadi hospital sementara

Astro Awani
Februari 16, 2023 07:30 MYT
Mangsa gempa bumi dirawat di atas kapal tentera laut Turkiye, Bayraktar, yang berlabuh di Iskenderun. - Foto AP
ISKENDERUN: Sebuah kapal pengangkut milik tentera Turkiye dijadikan hospital sementara untuk merawat mangsa gempa.
Negara itu kini bergelut dengan peningkatan jumlah mangsa yang memerlukan rawatan, ketika infrastrukturnya tidak lagi sempurna.
Kapal tentera ini berlabuh di perairan Iskenderun.
Ia menjadi lokasi tumpuan pesakit yang memerlukan rawatan susulan gempa lebih 10 hari lalu.
Rawatan diberikan dengan bekalan perubatan yang terhad.
Sebahagian besar katil untuk tentera kini menempatkan kanak-kanak yang memerlukan rawatan.
#gempa turkiye #kapal pengangkut #Hospital #rawatan
;