Gempa bumi: Turkiye isytihar darurat 3 bulan di 10 wilayah

Bernama
Februari 7, 2023 23:01 MYT
Sebanyak 53,317 anggota mencari dan menyelamat serta kakitangan sokongan kini menjalankan usaha SAR di zon terjejas. - Gambar/ AP
ANKARA: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang dilanda gempa bumi besar, lapor Xinhua.
Keputusan itu diambil bagi memastikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta kajian selepas bencana dapat dijalankan dengan cepat, katanya pada sidang media.
Angka kematian akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada Isnin telah meningkat kepada 3,549, kata Erdogan.
Gempa Turkiye | Angka korban di Turkiye dan Syria kini melebihi 5,000 orang
BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA BUMI TURKIYE DI SINI
Sebanyak 53,317 anggota mencari dan menyelamat serta kakitangan sokongan kini menjalankan usaha SAR di zon berkenaan, menurut presiden.
Mangsa korban dilaporkan dari wilayah selatan Kahramanmaras, Adana, Adiyaman, Osmaniye, Hatay, Kilis dan Malatya dan tenggara Sanliurfa, Diyarbakir, dan Gaziantep, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).
Erdogan pada Isnin turut mengisytiharkan tempoh berkabung selama tujuh hari susulan kejadian gempa bumi dahsyat itu.
-- BERNAMA
#Gempa Bumi Turki #darurat #Recep Tayyip Erdogan #presiden turkiye
;