Gempa bumi Turkiye: Angka korban meningkat kepada 48,448
Bernama
Mac 13, 2023 19:00 MYT
Mac 13, 2023 19:00 MYT
ANKARA: Angka kematian akibat gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye bulan lepas meningkat kepada 48,448 orang, lapor Agensi Anadolu pada Isnin.
"6,660 daripada mangsa yang terkorban adalah warga asing," kata Meneteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada sidang media di wilayah Malatya.
Kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan masih diteruskan, katanya.
Pada 6 Feb, gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter melanda 11 wilayah -- Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye, dan Sanliurfa termasuk negara jiran Syria.
Lebih 13.5 juta orang di Turkiye terjejas akibat gempa bumi dahsyat itu.
-- BERNAMA