Gempa bumi Turkiye: Angka kematian cecah lebih 5,000 nyawa

Agensi
Februari 7, 2023 11:38 MYT
Buat masa ini, hanya kenderaan penyelamat dan bantuan dibenarkan masuk atau keluar dari Hatay, Kahramanmaras dan Adiyaman, iaitu tiga daripada wilayah yang paling teruk terjejas. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria meningkat kepada lebih 5,000 orang pada Selasa.
Timbalan Presiden Turkiye, Fuat Oktay berkata, jumlah kematian di negaranya meningkat kepada 3,419 orang, tidak termasuk jumlah korban terbaharu di Syria.
Oktay berkata, keadaan cuaca buruk menyukarkan bantuan disampaikan ke kawasan yang terjejas, di samping merumitkan operasi mencari dan menyelamat.
Katanya, buat masa ini, hanya kenderaan penyelamat dan bantuan dibenarkan masuk atau keluar dari Hatay, Kahramanmaras dan Adiyaman, iaitu tiga daripada wilayah yang paling teruk terjejas.
BACA SEMUA BERHUBUNG GEMPA BUMI TURKIYE DI SINI
Tambahnya selain tiga wilayah itu, operasi menyelamat turut ditumpukan kepada wilayah Malatya.
Setakat ini, angka kematian meningkat lebih 5,000 orang susulan gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah termasuk Gaziantep, Sanliurfa, Diyarbakir, Adana, Adıyaman, Malatya, Osmaniye, Hatay, dan Kilis, pada awal Isnin.
#Gempa bumi Turkiye #gempa bumi #Fuat Oktay #keadaan cuaca buruk