Gempa bumi Taiwan: 35 disahkan maut, lebih 100 masih terperangkap

Agensi
Februari 8, 2016 11:03 MYT
Anggota pasukan mencari dan menyelamat terus dikerah di kawasan bencana runtuhan bangunan. - Gambar fail
Angka kematian akibat gempa bumi di bandar Tainan dekat selatan Taiwan meningkat kepada 35 orang pada Isnin, dengan lebih 100 masih dalam senarai hilang di bawah runtuhan bangunan 17 tingkat, lapor Reuters.
Gempa bumi berkenaan berlaku kira-kira jam 4 pagi pada Sabtu ketika cuti Tahun Baru Lunar baru sahaja bermula.
BACA: Lebih 100 terperangkap dalam insiden bangunan runtuh susulan gempa bumi di Taiwan
BACA: Rakyat Indonesia antara yang terkorban dalam gempa bumi Taiwan
Pasukan mencari dan menyelamat terus berusaha gigih untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawah timbunan struktur konkrit bangunan berkenaan, sementara ahli keluarga masih tidak berganjak di sekitar kawasan bencana menantikan khabar tentang saudara mereka.
Pemerintah Taiwan dalam satu kenyataan berkata 33 daripada 35 yang maut adalah dari bangunan Wei-Guan tersebut, manakala 117 lagi masih belum ditemui.
Presiden Ma Ying-jeou dijadualkan untuk melawat zon bencana pada petang Isnin, selain Tsai Ing-wen, yang memenangi pilihan raya presiden bulan lalu.
Presiden Xi Jinping telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa selain menawarkan bantuan, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.
#gempa bumi #mangsa gempa bumi Taiwan #mangsa runtuhan bangunan #SAR #Tainan
;