Gempa bumi skala 6.7 gegarkan kepulauan Jawa

Harits Asyraf Hasnan
Januari 14, 2022 09:49 MYT
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG) memaklumkan gempa berkedalaman 10 kilometer itu tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami. - Foto BMKG
KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 6.7 Richter menggegarkan Sumur, dekat Wilayah Banten, Indonesia sekitar jam 4 petang waktu tempatan pada Jumaat.
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG) memaklumkan gempa berkedalaman 10 kilometer itu tidak mencetuskan sebarang amaran tsunami.
Gegaran itu turut dirasai di ibu kota Jakarta sehingga mengakibatkan orang ramai keluar meninggalkan bangunan.

#Gempa Magnitudo: 6.7, Kedalaman: 10 km, 14 Jan 2022 16:05:41 WIB, Koordinat: 7.01 LS-105.26 BT (52 km BaratDaya SUMUR-BANTEN), Tidak berpotensi tsunami #BMKG https://t.co/OiHiTwvX8x

— BMKG (@infoBMKG) January 14, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) turut menasihati penduduk di kepulauan itu untuk sentiasa berwaspada sekiranya berlaku gempa susulan.
Selain itu, Kompas TV turut melaporkan beberapa kediaman, sekolah dan bangunan komersial di daerah Sumur mengalami kerosakan akibat gempa tersebut.
Antaranews melaporkan, para pekerjanya di Wisma Antara Jakarta Pusat turut bertempiaran keluar menyelamatkan diri.
Bagaimanapun, tiada sebarang laporan kehilangan nyawa dilaporkan.
#gempa bumi #Banten #kepulauan jawa #Indonesia