Gempa bumi sederhana melanda utara laut Maluku, Indonesia pagi ini

Bernama
Jun 6, 2021 09:05 MYT
Menurut MetMalaysia, gegaran itu berlaku pada kedudukan 112 km barat daya dari Tidore, Indonesia dengan kedalaman 60km.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter melanda Utara Laut Maluku, Indonesia pada 6.57 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran itu berlaku pada kedudukan 112 kilometer (km) barat daya dari Tidore, Indonesia dengan kedalaman 60km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#Indonesia #gempa bumi #Maluku #Richter
;