Gempa bumi sederhana melanda selatan Sumbawa, Indonesia
Bernama
Ogos 6, 2018 05:01 MYT
Ogos 6, 2018 05:01 MYT
Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di selatan Sumbawa, Indonesia pada 8.06 malam tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, jarak gempa bumi itu adalah 352km selatan Bima, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Terdahulu, satu gempa bumi sederhana juga berukuran 5.3 skala Richter menggegar Rantau Sumbawa, di 13km Timur Laut Mataram pada 8.28 pagi Isnin.
Manakala pada Ahad, gempa bumi kuat melanda Lombok, mengorbankan sekurang-kurangnya 98 nyawa setakat ini.
-- BERNAMA