Gempa bumi sederhana melanda Selatan Sumba, Indonesia
Bernama
Ogos 13, 2022 10:15 MYT
Ogos 13, 2022 10:15 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Selatan Sumba, Indonesia pada 8.18 pagi ini
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa pada jarak 355 kilometer (km) selatan dari Bima, Indonesia itu berlaku pada kedalaman 11 km.
Bagaimanapun, penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA