Gempa bumi sederhana melanda rantau kepulauan Filipina pagi ini

Bernama
Ogos 14, 2021 11:00 MYT
Gempa dengan kedalaman 10 kilometer itu berlaku pada jarak 187 km Tenggara dari Davao, Filipina. -USGS
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 9.27 pagi hari ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 187 km Tenggara dari Davao, Filipina.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Filipina #Davao #tsunami #skala Richter #Rantau Kepulauan Filipina #MetMalaysia
;