Gempa bumi sederhana landa wilayah Kahramanmaras Turkiye

Bernama
April 29, 2023 15:34 MYT
Pusat gempa dikesan di daerah Goksun, lapor Agensi Anadolu memetik maklumat di laman sesawang Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD). - USGS
ANKARA: Gempa bumi berukuran 4.7 pada skala Richter melanda wilayah Kahramanmaras di Turkiye pada 4.55 pagi (0255GMT) Sabtu.
Pusat gempa dikesan di daerah Goksun, lapor Agensi Anadolu memetik maklumat di laman sesawang Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD).
Gempa itu berlaku pada kedalaman tujuh kilometer.
Kahramanmaras merupakan pusat dua gempa bumi kuat pada 6 Feb lalu, masing-masing bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang melanda 11 wilayah Turki -- Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Elazig, Hatay, Gaziantep, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
Kira-kira 14 juta orang di Turkiye terjejas oleh gempa bumi itu selain penduduk di utara Syria.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Turkiye #Kahramanmaras #Goksun
;