Gempa bumi sederhana landa utara Laut Maluku, Indonesia
Bernama
Januari 16, 2021 09:12 MYT
Januari 16, 2021 09:12 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 7 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu dikesan pada kedudukan 132 kilometer (km) timur dari Bitung, Indonesia dengan kedalaman 83km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA